Pengenalan
Untuk meningkatkan kecermelangan SK Long Tuma dari segi kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah murid, penglibatan PIBG adalah amat penting. Walaubagaimanapun, adalah sukar bagi pihak sekolah berjumpa dengan ibubapa kerana ramai di antara ibu dan bapa ini jarang datang ke sekolah. Menyedari hakikat ini, pihak sekolah bersama PIBG telah mengatur strategi agar sekiranya sukar bagi ibubapa datang ke sekolah, maka sekolah akan 'pergi' kepada ibubapa. Maka terbitlah program 'PIBG masuk kampung'.
Objektif
- Meningkatkan penglibatan PIBG dalam aktiviti sekolah.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara ibubapa dan kakitangan sekolah.
- Memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan toleransi dikalangan kakitangan sekolah dan ibubapa.
- Menyebarluas berita terkini berkaitan pendidikan kepada ibubapa.
Rombongan
Penasihat: En. Laurentius ak Thomas (Guru Besar SK Long Tuma)
Ketua Rombongan: En. Gugkang Sinong (YDP PIBG SK Long Tuma)
Ahli-ahli: Pn. Dayang Rude (PK1 SK Long Tuma)
En. Ding Sui Lai @ John Ting (PK HEM SK Long Tuma)
Pn. Damaris Padan (PK KK SK Long Tuma)
Pn. Esther John (Setiausaha PIBG/ Warden)
Pn. Rosta Piree (Warden)
Pn. Christina Paulus (Guru Data SK Long Tuma)
Pn. Norlyzza Abdullah (Guru - AJK PIBG)
En. Roslee B Hassan ( Pembantu Pengurusan Murid)
En. Hamidon Taha (Pembantu Pengurusan Murid)
AJK PIBG SK Long Tuma
Jadual Lawatan
19 Jan 2010 - Dewan Silo Gelawat, Gaya Lama (Kpg. Gaya Lama, Kpg. Gaya Baru, Kpg. Temanggis & Kpg. Bandar Lawas)
20 Jan 2010 - Depan gereja SIB Pengalih (Kpg. Pengalih, Kpg. Samling & Kpg. Pa'Puti)
21 Jan 2010 - Dewan Kpg. Long Tuma (Kpg. Long Tuma, Kpg. Sahabat Baru, Kpg. Long Segaman, Kpg. Long Ugui, Kpg. Long Sebangang, Kpg. Natad Pusu & Kpg. Pa' Kepulu)
Aturcara Program
1830: Berkumpul di sekolah
1900: Bergerak ke kampung
2000: Ketibaan para ibubapa
2015: Ucapan alu-aluan Guru Besar
Taklimat PK HEM
Taklimat PK 1
Taklimat PK KK
Sesi soal-jawab
Ucapan penutupan YDP PIBG
No comments:
Post a Comment