22 January 2010

PIBG SK LONG TUMA MASUK KAMPUNG 19 - 21 Januari 2010

Pengenalan
Untuk meningkatkan kecermelangan SK Long Tuma dari segi kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah murid, penglibatan PIBG adalah amat penting. Walaubagaimanapun, adalah sukar bagi pihak sekolah berjumpa dengan ibubapa kerana ramai di antara ibu dan bapa ini jarang datang ke sekolah. Menyedari hakikat ini, pihak sekolah bersama PIBG telah mengatur strategi agar sekiranya sukar bagi ibubapa datang ke sekolah, maka sekolah akan 'pergi' kepada ibubapa. Maka terbitlah program 'PIBG masuk kampung'.


Objektif
    1. Meningkatkan penglibatan PIBG dalam aktiviti sekolah.
    2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ibubapa dan kakitangan sekolah.
    3. Memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan toleransi dikalangan kakitangan sekolah dan ibubapa.
    4. Menyebarluas berita terkini berkaitan pendidikan kepada ibubapa. 

Rombongan
Penasihat:                       En. Laurentius ak Thomas (Guru Besar SK Long Tuma)
Ketua Rombongan:        En. Gugkang Sinong (YDP PIBG SK Long Tuma)
Ahli-ahli:                         Pn. Dayang Rude (PK1 SK Long Tuma)
                                         En. Ding Sui Lai @ John Ting (PK HEM SK Long Tuma)
                                         Pn. Damaris Padan (PK KK SK Long Tuma)
                                         Pn. Esther John (Setiausaha PIBG/ Warden)
                                         Pn. Rosta Piree (Warden)
                                         Pn. Christina Paulus (Guru Data SK Long Tuma)
                                         Pn. Norlyzza Abdullah (Guru - AJK PIBG)
                                         En. Roslee B Hassan ( Pembantu Pengurusan Murid)
                                         En. Hamidon Taha (Pembantu Pengurusan Murid)
                                         AJK PIBG SK Long Tuma



Jadual Lawatan
19 Jan 2010 - Dewan Silo Gelawat, Gaya Lama (Kpg. Gaya Lama, Kpg. Gaya Baru, Kpg. Temanggis & Kpg. Bandar Lawas)

20 Jan 2010 - Depan gereja SIB Pengalih (Kpg. Pengalih, Kpg. Samling & Kpg. Pa'Puti)

21 Jan 2010 - Dewan Kpg. Long Tuma (Kpg. Long Tuma, Kpg. Sahabat Baru, Kpg. Long Segaman, Kpg. Long Ugui, Kpg. Long Sebangang, Kpg. Natad Pusu & Kpg. Pa' Kepulu)



Aturcara Program
1830:   Berkumpul di sekolah
1900:   Bergerak ke kampung
2000:  Ketibaan para ibubapa
2015:   Ucapan alu-aluan Guru Besar
              Taklimat PK HEM
              Taklimat PK 1
              Taklimat PK KK
              Sesi soal-jawab
              Ucapan penutupan YDP PIBG


06 January 2010

SELAMAT DATANG WARGA BARU

Tahun ini SK Long Tuma kehilangan dua orang Guru Bahasa Malaysia yang berpengalaman. TERIMA KASIH Cikgu Dayang Sapiah Bte Hj. Tahir dan Cikgu Masnah Bt. Kadir. Kedua-dua guru ini dipindahkan ke sekolah lain. Cikgu Sapiah pindah ke SK Batu Lima. Cikgu Masnah pula dipindahkan ke SK Agama, Lawas. Selain dua orang guru itu, Cikgu Nor Aiza Ashikin juga pindah ke Kapit mengikut suaminya yang mengajar di sana. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru ini.

Dua orang guru ditempatkan ke sekolah ini. SELAMAT DATANG WARGA BARU. Seorang staf sokongan baru juga dipindahkan ke sekolah ini. Diharap mereka akan lebih ceria di tempat baru ini.

05 January 2010

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2010

Hari ini adalah hari pertama bagi sesi persekolahan 2010. Suasana di sekolah begitu sibuk dengan kedatangan ibu bapa menghantar anak masing-masing seawal jam 6.30 pagi. Kanak-kanak yang baru memasuki pra sekolah dan darjah satu kelihatan begitu bergaya dengan pakaian sekolah baru dan berjumpa dengan kawan-kawan yang baru. Namun begitu, terdapat juga murid pra sekolah yang tidak mahu masuk ke kelas sehingga berlari ke luar kawasan sekolah sambil dikejar oleh bapanya berikutan ketakutan terhadap suasana persekolahan. Ini adalah senario biasa bagi murid-murid yang mungkin tidak pernah ke sekolah tadika sebelum ini. Guru Besar kelihatan begitu sibuk dengan kedatangan ibu bapa yang membuat pendaftaran persekolahan anak-anak manakala guru-guru pula sibuk dengan kelas masing-masing. Namun demikian, mereka begitu bersemangat waja demi tanggungjawab terhadap anak bangsa. Begitulah suasana persekolahan yang dapat digambarkan pada hari pertama persekolahan hari ini.

MOTTO

"Ilmu Pelita Hidup"
____________________________________________________________________________________________________

VISI

Sekolah Kebangsaan Long Tuma menjadi sekolah cemerlang akademik dan kokurikulum di Lawas menjelang tahun 2010
____________________________________________________________________________________________________

MISI

Memantapkan kepakaran guru
Memantapkan program-program akademik

Memperkasakan program-program 3K
Memperkasakan kebajikan warga sekolah
Mengoperasikan hubungan berkesan dengan masyarakat luar

____________________________________________________________________________________________________


LAGU SEKOLAH

"SK Long Tuma Inspirasiku"

Budaya murni amalan kami
Rajin berusaha tingkatkan ilmu
Bersaing untuk kemajuan diri
Aman dan makmur, contoh sekolahku

"Ilmu pelita hidup" jadi pegangan
"Sekolahku harapanku" adalah slogan
SK Long Tuma sekolah kebanggaanku
Sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang

Guru dedikasi murid terpuji
Pesan ibu bapa sentiasa di hati
Budi pekerti paling mulia
Hidup makmur aman sentosa

Tersergam indah sekolahku
Tetap bersemadi di sanubari
SK Long Tuma nama diberi
Selamat maju dan terus maju

____________________________________________________________________________________________________


LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

Tafsiran Logo Sekolah


1. Bentuk Logo

Melambangkan perjuangan bersama untuk kecemerlangan dalam semua aspek

2. Buku
Melambangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan

3. Gelung-gelung
Melambangkan perpaduan rakyat yang erat

4. Pelita
Melambangkan semangat yang sentiasa menyemarak

5. Warna Biru
Melambangkan perpaduan dan muhibah

6. Warna Merah
Melambangkan keberanian dan kesungguhan

7. Warna Kuning
Kesetiaan dan kedaulatan

8. Warna Putih
Kebersihan, kesucian, ikhlas dan amanah

___________________________________________________________________________________________________


BENDERA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


Kami warga Sekolah Kebangsaan Long Tuma, Lawas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


1. Mempastikan semua kanak-kanak yang sudah berdaftar mengikut umur, mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula

2. Mempastikan semua murid akan mula mendapat pelajaran pada hari pertama persekolahan

3. Mempastikan semua murid mendapat kemudahan belajar secukupnya di sekolah disamping kebajikan dan keselamatan mereka terjamin

4. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

5. Mempastikan semua murid menguasai 3M

6. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

7. Memberikan peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latarbelakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik

8. Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid, masyarakat, jabatan dan negara

9. Mempastikan semua kakitangan sentiasa bergaul dengan harmoni, penuh semangat kekitaan dan menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan dedikasi disamping itu tidak mengabaikan kebajikan mereka agar terus terpelihara

10. Kami sentiasa menurut perintah dan bersedia melaksanakan arahan-arahan daripada Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta mempastikan setiap 'return' bulanan dikembalikan sebelum tarikh akhir penerimaan di jabatan

11. Menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat serta agensi lain


Kami warga SK Long Tuma, bersedia dan akan menimbangkan apa juga yang dikemukakan kepada sekolah berkaitan dengan perlaksanaan piagam pelanggan ini.

____________________________________________________________________________________________________