11 April 2009

SAFARI MEMBACA - Pertandingan Dengarlah Sayang

Pendahuluan

Pertandingan membaca dan bercerita ini merupakan aktiviti sampingan sempena Program Safari Membaca anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Pertandingan ini terbuka kepada ibu bapa murid-murid yang belajar di Prasekolah dan Tahun Satu. Dalam pertandingan ini, ibu atau bapa akan membaca buku cerita sambil bercerita kepada anaknya ATAU anak boleh membacakan cerita kepada ibu atau bapanya dengan gaya, intonasi dan nada yang betul. 


Objektif
  1. Memberi pendedahan kepada para peserta betapa pentingnya amalan budaya membaca dalam masyarakat kita. 
  2. Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Inggeris.

Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada ibu atau bapa kepada murid yang belajar di Prasekolah dan Tahun satu.


Syarat-syarat pertandingan
  • Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:
          i. Kategori Prasekolah
          ii. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 1)

  • Pertandingan ini dijalankan secara berpasangan antara murid sekolah dengan ibu atau bapanya.
  • Dalam aktiviti ini, anak boleh membacakan cerita kepada ibu atau bapanya ATAU ibu atau bapa boleh membacakan cerita kepada anaknya. 
  • Cerita itu hendaklah disampaikan dalam Bahasa Inggeris. 
  • Cerita yang hendak disampaikan hendaklah berdasarkan mana-mana buku cerita yang terdapat di sekolah masing-masing.
  • Tempoh bercerita ialah enam minit. Loceng amaran akan dibunyikan pada minit ke-5 dan pada minit ke-6 loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali menandakan masa bercerita sudah tamat. Cerita yang disampaikan selepas enam minit tidak diambil kira oleh panel hakim. 
  • Cerita yang disampaikan kurang daripada tiga minit akan dipotong markah sebanyak 15 markah.
  • Pasangan peserta yangg mendapat jumlah markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

Aturcara Pertandingan

Pendaftaran para peserta dimulakan seawal jam 8 pagi, diikuti dengan taklimat kepada guru pengiring serta cabutan unid bagi menentukan giliran pada pukul 8.15 pagi. Pertandingan dimulakan pada pukul 8.45 pagi. Para peserta berhenti rehat pada pukul 10 pagi dan pertandingan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Penutupan dan penyampaian hadiah diadakan pada pukul 12.30 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan pada pukul 1 petang.


Penyertaan Kategori Prasekolah
Empat buah sekolah menyertai kategori prasekolah iaitu SK Melayu Pusat Limbang, SK Agama Lawas, SK Kampung Lintang Lawas dan SK Long Tuma Lawas. Bagi SK Melayu Pusat Limbang, pencerita dan pasangan diwakili oleh adik Nurul Aqilah Bt Abdul Ghani bersama pasangannya Abd Ghani bin Ahmad. Bagi sekolah SK Agama Lawas, pencerita diwakili oleh adik Siti Syalizana bt Mohamed bersama pasangannya Siti Nursyaza Syafiqah. Pencerita bagi SK Kampung Lintang pula ialah adik Justina Daring bersama pasangannya Khairul Hafiz b Ladi manakala SK Long Tuma Lawas diwakili oleh adik Andrea Robin bersama pasangannya Amelia Agong.


Penyertaan Kategori Tahun 1
Sebanyak enam buah sekolah menyertai kategori Tahun Satu iaitu SK Kerangan Lawas, Sk Agama Lawas, SK St. Edmund Limbang, SK Kuala Lawas, SK Kampung Lintang Lawas dan SK Long Tuma Lawas. SK Kerangan Lawas diwakili oleh adik Haris Chang Ching Li sebagai pencerita bersama pasangannya Nurainie Abdul Rahim Bareng, SK Agama Lawas diwakili oleh adik Nur Syahiratunnisa sebagai pencerita bersama pasangannya Najemunnisa bte Mohamed. Bagi sekolah SK St. Edmund Limbang, pencerita diwakili oleh adik Jeremy Roeshen bersama pasangannya Dorothy kanagendram manakalan SK Kuala Lawas pula diwakili oleh adik Mohd Irfan Danial B Rajudin selaku pencerita bersama pasangannya Pn. Nurfarahin bt Abdullah. SK Kampung Lintang Lawas pula diwakili oleh adik Sherlanny Sangan Stephen sebagai pencerita bersama pasangannya Danny Lajim dan SK Long Tuma Lawas diwakili oleh adik Alvin Balang selaku pencerita bersama pasangannya Andrew Puding.

MOTTO

"Ilmu Pelita Hidup"
____________________________________________________________________________________________________

VISI

Sekolah Kebangsaan Long Tuma menjadi sekolah cemerlang akademik dan kokurikulum di Lawas menjelang tahun 2010
____________________________________________________________________________________________________

MISI

Memantapkan kepakaran guru
Memantapkan program-program akademik

Memperkasakan program-program 3K
Memperkasakan kebajikan warga sekolah
Mengoperasikan hubungan berkesan dengan masyarakat luar

____________________________________________________________________________________________________


LAGU SEKOLAH

"SK Long Tuma Inspirasiku"

Budaya murni amalan kami
Rajin berusaha tingkatkan ilmu
Bersaing untuk kemajuan diri
Aman dan makmur, contoh sekolahku

"Ilmu pelita hidup" jadi pegangan
"Sekolahku harapanku" adalah slogan
SK Long Tuma sekolah kebanggaanku
Sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang

Guru dedikasi murid terpuji
Pesan ibu bapa sentiasa di hati
Budi pekerti paling mulia
Hidup makmur aman sentosa

Tersergam indah sekolahku
Tetap bersemadi di sanubari
SK Long Tuma nama diberi
Selamat maju dan terus maju

____________________________________________________________________________________________________


LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

Tafsiran Logo Sekolah


1. Bentuk Logo

Melambangkan perjuangan bersama untuk kecemerlangan dalam semua aspek

2. Buku
Melambangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan

3. Gelung-gelung
Melambangkan perpaduan rakyat yang erat

4. Pelita
Melambangkan semangat yang sentiasa menyemarak

5. Warna Biru
Melambangkan perpaduan dan muhibah

6. Warna Merah
Melambangkan keberanian dan kesungguhan

7. Warna Kuning
Kesetiaan dan kedaulatan

8. Warna Putih
Kebersihan, kesucian, ikhlas dan amanah

___________________________________________________________________________________________________


BENDERA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


Kami warga Sekolah Kebangsaan Long Tuma, Lawas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


1. Mempastikan semua kanak-kanak yang sudah berdaftar mengikut umur, mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula

2. Mempastikan semua murid akan mula mendapat pelajaran pada hari pertama persekolahan

3. Mempastikan semua murid mendapat kemudahan belajar secukupnya di sekolah disamping kebajikan dan keselamatan mereka terjamin

4. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

5. Mempastikan semua murid menguasai 3M

6. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

7. Memberikan peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latarbelakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik

8. Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid, masyarakat, jabatan dan negara

9. Mempastikan semua kakitangan sentiasa bergaul dengan harmoni, penuh semangat kekitaan dan menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan dedikasi disamping itu tidak mengabaikan kebajikan mereka agar terus terpelihara

10. Kami sentiasa menurut perintah dan bersedia melaksanakan arahan-arahan daripada Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta mempastikan setiap 'return' bulanan dikembalikan sebelum tarikh akhir penerimaan di jabatan

11. Menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat serta agensi lain


Kami warga SK Long Tuma, bersedia dan akan menimbangkan apa juga yang dikemukakan kepada sekolah berkaitan dengan perlaksanaan piagam pelanggan ini.

____________________________________________________________________________________________________