Pendahuluan
Pertandingan membaca dan bercerita ini merupakan aktiviti sampingan sempena Program Safari Membaca anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Pertandingan ini terbuka kepada ibu bapa murid-murid yang belajar di Prasekolah dan Tahun Satu. Dalam pertandingan ini, ibu atau bapa akan membaca buku cerita sambil bercerita kepada anaknya ATAU anak boleh membacakan cerita kepada ibu atau bapanya dengan gaya, intonasi dan nada yang betul.
Objektif
- Memberi pendedahan kepada para peserta betapa pentingnya amalan budaya membaca dalam masyarakat kita.
- Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Inggeris.
Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada ibu atau bapa kepada murid yang belajar di Prasekolah dan Tahun satu.
Syarat-syarat pertandingan
- Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:
i. Kategori Prasekolah
ii. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 1)
- Pertandingan ini dijalankan secara berpasangan antara murid sekolah dengan ibu atau bapanya.
- Dalam aktiviti ini, anak boleh membacakan cerita kepada ibu atau bapanya ATAU ibu atau bapa boleh membacakan cerita kepada anaknya.
- Cerita itu hendaklah disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
- Cerita yang hendak disampaikan hendaklah berdasarkan mana-mana buku cerita yang terdapat di sekolah masing-masing.
- Tempoh bercerita ialah enam minit. Loceng amaran akan dibunyikan pada minit ke-5 dan pada minit ke-6 loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali menandakan masa bercerita sudah tamat. Cerita yang disampaikan selepas enam minit tidak diambil kira oleh panel hakim.
- Cerita yang disampaikan kurang daripada tiga minit akan dipotong markah sebanyak 15 markah.
- Pasangan peserta yangg mendapat jumlah markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
Aturcara Pertandingan
Pendaftaran para peserta dimulakan seawal jam 8 pagi, diikuti dengan taklimat kepada guru pengiring serta cabutan unid bagi menentukan giliran pada pukul 8.15 pagi. Pertandingan dimulakan pada pukul 8.45 pagi. Para peserta berhenti rehat pada pukul 10 pagi dan pertandingan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Penutupan dan penyampaian hadiah diadakan pada pukul 12.30 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan pada pukul 1 petang.
Penyertaan Kategori Prasekolah
Empat buah sekolah menyertai kategori prasekolah iaitu SK Melayu Pusat Limbang, SK Agama Lawas, SK Kampung Lintang Lawas dan SK Long Tuma Lawas. Bagi SK Melayu Pusat Limbang, pencerita dan pasangan diwakili oleh adik Nurul Aqilah Bt Abdul Ghani bersama pasangannya Abd Ghani bin Ahmad. Bagi sekolah SK Agama Lawas, pencerita diwakili oleh adik Siti Syalizana bt Mohamed bersama pasangannya Siti Nursyaza Syafiqah. Pencerita bagi SK Kampung Lintang pula ialah adik Justina Daring bersama pasangannya Khairul Hafiz b Ladi manakala SK Long Tuma Lawas diwakili oleh adik Andrea Robin bersama pasangannya Amelia Agong.
Penyertaan Kategori Tahun 1
Sebanyak enam buah sekolah menyertai kategori Tahun Satu iaitu SK Kerangan Lawas, Sk Agama Lawas, SK St. Edmund Limbang, SK Kuala Lawas, SK Kampung Lintang Lawas dan SK Long Tuma Lawas. SK Kerangan Lawas diwakili oleh adik Haris Chang Ching Li sebagai pencerita bersama pasangannya Nurainie Abdul Rahim Bareng, SK Agama Lawas diwakili oleh adik Nur Syahiratunnisa sebagai pencerita bersama pasangannya Najemunnisa bte Mohamed. Bagi sekolah SK St. Edmund Limbang, pencerita diwakili oleh adik Jeremy Roeshen bersama pasangannya Dorothy kanagendram manakalan SK Kuala Lawas pula diwakili oleh adik Mohd Irfan Danial B Rajudin selaku pencerita bersama pasangannya Pn. Nurfarahin bt Abdullah. SK Kampung Lintang Lawas pula diwakili oleh adik Sherlanny Sangan Stephen sebagai pencerita bersama pasangannya Danny Lajim dan SK Long Tuma Lawas diwakili oleh adik Alvin Balang selaku pencerita bersama pasangannya Andrew Puding.

No comments:
Post a Comment