24 May 2011

HARI GURU 2011

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun ialah Hari Guru. Warga SK Long Tuma tidak ketinggalan menyambut Hari Guru peringkat sekolah.Pada hari itu, semua guru memakai baju 'T shirt' yang sama. Manakala murid-murid pula memakai pakaian sukan. Acara dimulai dengan acara poco-poco yang diketuai oleh Cikgu Rosidah dan Cikgu Muhamad Faris. Yang Dipertua (YDP) PIBG sekolah SK Long Tuma juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi sembutan Hari Guru. Selepas itu, di adakan acara sukaneka. Ada 5 kumpulan, dimana setiap kumpulan terdiri daripada guru-guru dan murid-murid.
Ini adalah gambar 2 kumpulan yang sempat diambil gambar.





Acara yang sangat ramai penonton ialah acara 'Boling di gelanggang'. Setiap peserta dikehendaki menjatuhkan botol air dengan menggunakan selipar. Setiap peserta diberi 2 kali balingan. Ramai murid menyaksikan acara ini. Mereka mahu memberi sokongan kepada kumpulan yang bertanding.



Selepas itu ada acara 'Kelas Terbuka'. Sama seperti masa hari perayaan Hari Raya, ada rumah terbuka. Semasa 'Kelas Terbuka', guru kelas dan murid-murid dalam kelas tersebut menyediakan kek dan menyediakan jamuan makanan dan minuman. Kelas pertama yang kami masuki ialah Tahun 6 Bestari. Mereka ada menyediakan 2 biji kek. Lihatlah gambar dibawah. 


Selepas itu, guru-guru bergerak semula ke dalam dewan untuk mendengar utusan dari pengarah pelajaran dam menteri pelajaran,melafazkan ikrar, menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan lagu "Pendidik Bumi Kenyalang". Acara bertukar-tukar hadiah pula sudah menjadi seperti satu kewajipan semasa Hari Guru di sekolah ini. Acara kemucak pula ialah acara memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh PIBG. Selepas itu, murid-murid membuat persembahan nyanyian dan pintonim. Sebelum bersurai, pihak sekolah menyediakan makan tengah hari untuk guru-guru dam murid-murid.

04 May 2011

Selamat kembali

Ini adalah kali pertama, saya kembali ke blog ini. Sebelum ini Cik Nazrielie Liu yang mengemaskini blog ini. Tahun ini beliau telah tamat kontrak, jadi tiada siapa yang dapat meneruskan kerja-kerja beliau. Saya bagi pihak sekolah SK Long Tuma mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha beliau selama ini.
Saya pula seperti tahun-tahun yang lalu sentiasa sibuk dengan berbagai tugasan yang diberikan. Sebagai permulaan saya ingin memperkenalkan guru baru di sekolah ini.

Sekolah ini sungguh bertuah kerana telah mendapat seorang Guru Besar yang baru. Nama beliau ialah Cikgu Meripa Geluko. Selain itu ada enam orang guru baru. Mereka adalah Cikgu Dayangku Hadizah Pengiran Abas, Cikgu Nancy Laniam Chan, Cikgu Doris Langub, Cikgu Nurulamali, Cikgu Mohamad Fariz dan Cikgu Rosidah. Guru Besar, Cikgu Meripa, lama berkhidmat di Bintulu. Sekolah terakhir beliau sebelum dipindahkan ke sini ialah di sebuah sekolah rendah Daerah Limbang. Tiga orang guru yang baru pindah adalah guru berpengalaman, manakala tiga orang lagi tu adalah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Cikgu Doris Langub adalah anak tempatan. Beliau tinggal di Kampung Long Tuma. Seorang guru bahasa Inggeris yang berpengalaman. Sebelum ini beliau mengajar di SK Punang. Cikgu Dk. Hadizah dan Cikgu Nancy Laniam berasal dari Sabah. Kedua-duanya guru yang berpengalaman. Sebelum ini, Cikgu Dk. Hadizah mengajar di Papar, Sabah. Manakala Cikgu Nancy Laniam pula mengajar di SJK (C) Soon Hwa, Sundar. Cikgu Nancy berasal dari Kota Belud, Sabah. Beliau adalah guru bimbingan dan kaunseling. Tiga orang guru yang lain itu adalah guru yang baru menerima penempatan pertama. Mereka adalah Cikgu Mohd. Fariz, Cikgu Rosidah, dan Cikgu Nurulamali. Cikgu Mohd. Fariz berasal dari utara semenanjung, Perlis.Beliau adalah opsyen matematik. Cikgu Nurulamali pula berasal dari Pahang. Mengajar Pendidikan Agama Islam. Biasanya orang yang mengajar Agama, dipanggil Ustaz. Jadi, kita boleh juga panggil beliau Ustaz Nurulamali. Manakala Cikgu Rosidah pula adalah anak Sarawak. Opsyen beliau adalah Pendidikan Jasmani. Beliau adalah jurulatih bola jaring sekolah. Dibawah bimbingan beliau, seorang murid sekolah ini terpilih untuk menjadi wakil Dearah Lawas bagi pertandingan bola jaring Peringkat Bahagian Limbang. Beliau juga menjadi pengadil jemputan bagi pertandingan bola jaring MSSM untuk murid sekolah menengah.

Selain menerima guru baru, sekolah juga menerima Pembantu Penyelia Murid yang baru. Beliau bertugas membantu di Pra sekolah. Tahun ini SK Long Tuma ada dua buah Pra Sekolah. Sebuah masih di bawah jagaan Cikgu Suzianna. Sebuah lagi Pra Sekolah yang baru dijaga oleh Cikgu Nancy Ak. Opi.

MOTTO

"Ilmu Pelita Hidup"
____________________________________________________________________________________________________

VISI

Sekolah Kebangsaan Long Tuma menjadi sekolah cemerlang akademik dan kokurikulum di Lawas menjelang tahun 2010
____________________________________________________________________________________________________

MISI

Memantapkan kepakaran guru
Memantapkan program-program akademik

Memperkasakan program-program 3K
Memperkasakan kebajikan warga sekolah
Mengoperasikan hubungan berkesan dengan masyarakat luar

____________________________________________________________________________________________________


LAGU SEKOLAH

"SK Long Tuma Inspirasiku"

Budaya murni amalan kami
Rajin berusaha tingkatkan ilmu
Bersaing untuk kemajuan diri
Aman dan makmur, contoh sekolahku

"Ilmu pelita hidup" jadi pegangan
"Sekolahku harapanku" adalah slogan
SK Long Tuma sekolah kebanggaanku
Sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang

Guru dedikasi murid terpuji
Pesan ibu bapa sentiasa di hati
Budi pekerti paling mulia
Hidup makmur aman sentosa

Tersergam indah sekolahku
Tetap bersemadi di sanubari
SK Long Tuma nama diberi
Selamat maju dan terus maju

____________________________________________________________________________________________________


LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

Tafsiran Logo Sekolah


1. Bentuk Logo

Melambangkan perjuangan bersama untuk kecemerlangan dalam semua aspek

2. Buku
Melambangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan

3. Gelung-gelung
Melambangkan perpaduan rakyat yang erat

4. Pelita
Melambangkan semangat yang sentiasa menyemarak

5. Warna Biru
Melambangkan perpaduan dan muhibah

6. Warna Merah
Melambangkan keberanian dan kesungguhan

7. Warna Kuning
Kesetiaan dan kedaulatan

8. Warna Putih
Kebersihan, kesucian, ikhlas dan amanah

___________________________________________________________________________________________________


BENDERA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


Kami warga Sekolah Kebangsaan Long Tuma, Lawas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


1. Mempastikan semua kanak-kanak yang sudah berdaftar mengikut umur, mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula

2. Mempastikan semua murid akan mula mendapat pelajaran pada hari pertama persekolahan

3. Mempastikan semua murid mendapat kemudahan belajar secukupnya di sekolah disamping kebajikan dan keselamatan mereka terjamin

4. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

5. Mempastikan semua murid menguasai 3M

6. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

7. Memberikan peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latarbelakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik

8. Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid, masyarakat, jabatan dan negara

9. Mempastikan semua kakitangan sentiasa bergaul dengan harmoni, penuh semangat kekitaan dan menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan dedikasi disamping itu tidak mengabaikan kebajikan mereka agar terus terpelihara

10. Kami sentiasa menurut perintah dan bersedia melaksanakan arahan-arahan daripada Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta mempastikan setiap 'return' bulanan dikembalikan sebelum tarikh akhir penerimaan di jabatan

11. Menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat serta agensi lain


Kami warga SK Long Tuma, bersedia dan akan menimbangkan apa juga yang dikemukakan kepada sekolah berkaitan dengan perlaksanaan piagam pelanggan ini.

____________________________________________________________________________________________________