05 August 2013

Salam Aidilfitri warga SK Long Tuma

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada warga SK Long Tuma khasnya yang beragama Islam dan juga selmat bercuti kepada semua. Kepada murid-murid tahun, ingatlah bahawa masa cuti anda belum tiba memandangkan hanya beberapa minggu sahaja lagi anda akan menghadapi ujian yang besar yang menentukan halatuju anda. Jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Semua guru mendoakan kejayaan anda.

28 August 2012

UPSR 2012

Kepada semua pelajar Tahun 6, saya mewakili semua guru SK Long Tuma mengucapkan Selamat Menduduki peperiksaan UPSR 2012. Beberapa aktiviti telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk pelajar Tahun 6. Antaranya ialah Projek Anak Angkat, Perjumpaan ibu-bapa dengan guru-guru UPSR, Kelas Tambahan, dan Kelas Intensif.
                Anak Angkat ialah suatu usaha untuk membantu pelajar dengan lebih berkesan dalam kumpulan kecil. Setiap guru di sekolah ini menjadi bapa angkat dan ibu angkat. Seorang guru diberi 2 atau tiga orang murid sebagai anak angkat. Guru-guru ini akan membimbing murid yang menjadi anak angkatnya tentang teknik-teknik belajar dan cara menjawab soalan.
             Perjumpaan ibu-bapa dengan guru yang mengajar mata pelajaran UPSR pula bertujuan memaklum pencapaian anak-anak didik ini kepada orang tua mereka. Dalam perjumpaan ini juga diharap ibu-bapa juga dapat bertanya kepada guru-guru berkenaan tentang cara belajar di rumah dengan lebih berkesan. Perjumpaan ini juga diharap dapat memupuk kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu-bapa pelajar berkenaan.
          Kelas Tambahan telah dijalankan dari awal tahun. Kelas Tambahan ini melibatkan semua guru. Guru-guru akan mengajar pada sebelah petang selama empat hari iaitu dari hari Isnin hingga Khamis. Sehari satu mata pelajaran akan diajar oleh guru yang berlainan.
        Kelas Intensif pula ialah suatu kelas tambahan dimana guru mengajar pada sebelah petang dan malam. Kelas Intensif juga melibatkan semua guru-guru di sekolah ini.
       Diharap dengan pengorbanan dan jerih payah guru-guru ini, murid-murid Sk Long Tuma akan mendapat keputusan yang memberangsangkan. Pada tahun ini pihak sekolah mensasarkan 7 orang murid mendapat 5A UPSR. Mereka ialah Gwendellyne Benjamin, Stephanie Meru, Chelynie Dari, Michelle Bulan Udan, Irene Rinai Ilias, Adeline Munga, dan Ilarna Caren.

10 December 2011

SELAMAT HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2012

Sekarang dah bulan Disember. Tidak lama lagi murid-murid dan guru-guru di sekolah ini akan menyambut Hari Krismas iaitu pada 25 haribulan. Seminggu selepas itu, tahun baru 2012 akan menjelma.

Untuk pengetahuan semua, di sekolah SK Long Tuma ini, hampir semua murid-murid di sekolah ini adalah dari suku Lun Bawang. Guru-guru di sekolah ini juga ramai dari suku Lun Bawang. Mereka ini menganut agama Kristian. Jadi, Hari Krismas adalah satu perayaan yang sangat dinanti-nantikan ketibaannya. Kepada murid-murid, staf-staf sokongan, guru-guru dan Guru Besar, Encik Meripa Geluko dan keluarga, kami warga SK Long Tuma mengucapakan  selamat Hari Krismas dan tahun baru.

20 August 2011

Ulang kaji pelajaran ye murid-murid...

Eh...minggu depan dah ada gerak gempur 3 untuk semua murid tahun 1 hingga tahun 6.. kepada murid-murid, jangan lupa baca buku tau..Ni ada pesanan daripada cikgu..

Membawa buku ke mana sahaja anda pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. Dalam 10 kali kamu membawa buku, takkan sekali pon kamu tak buka buku tu untuk baca..kan? kan?

selamat maju jaya....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT BERCUTI



Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada warga Sekolah Kebangsaan Long Tuma yang beragama Islam dan juga selamat bercuti kepada semua warga sekolah.
Kepada murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, jangan lupa mengulangkaji pelajaran..cuti anda semua selepas 15 September 2011..baki masa yang ada ini perlu dimanfaatkan..guru-guru sentiasa mengharapkan kejayaan anda semua. Tiada balasan yang diharapkan oleh seorang guru kecuali sebuah kejayaan sebagai seorang insan..

24 May 2011

HARI GURU 2011

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun ialah Hari Guru. Warga SK Long Tuma tidak ketinggalan menyambut Hari Guru peringkat sekolah.Pada hari itu, semua guru memakai baju 'T shirt' yang sama. Manakala murid-murid pula memakai pakaian sukan. Acara dimulai dengan acara poco-poco yang diketuai oleh Cikgu Rosidah dan Cikgu Muhamad Faris. Yang Dipertua (YDP) PIBG sekolah SK Long Tuma juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi sembutan Hari Guru. Selepas itu, di adakan acara sukaneka. Ada 5 kumpulan, dimana setiap kumpulan terdiri daripada guru-guru dan murid-murid.
Ini adalah gambar 2 kumpulan yang sempat diambil gambar.





Acara yang sangat ramai penonton ialah acara 'Boling di gelanggang'. Setiap peserta dikehendaki menjatuhkan botol air dengan menggunakan selipar. Setiap peserta diberi 2 kali balingan. Ramai murid menyaksikan acara ini. Mereka mahu memberi sokongan kepada kumpulan yang bertanding.



Selepas itu ada acara 'Kelas Terbuka'. Sama seperti masa hari perayaan Hari Raya, ada rumah terbuka. Semasa 'Kelas Terbuka', guru kelas dan murid-murid dalam kelas tersebut menyediakan kek dan menyediakan jamuan makanan dan minuman. Kelas pertama yang kami masuki ialah Tahun 6 Bestari. Mereka ada menyediakan 2 biji kek. Lihatlah gambar dibawah. 


Selepas itu, guru-guru bergerak semula ke dalam dewan untuk mendengar utusan dari pengarah pelajaran dam menteri pelajaran,melafazkan ikrar, menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan lagu "Pendidik Bumi Kenyalang". Acara bertukar-tukar hadiah pula sudah menjadi seperti satu kewajipan semasa Hari Guru di sekolah ini. Acara kemucak pula ialah acara memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh PIBG. Selepas itu, murid-murid membuat persembahan nyanyian dan pintonim. Sebelum bersurai, pihak sekolah menyediakan makan tengah hari untuk guru-guru dam murid-murid.

04 May 2011

Selamat kembali

Ini adalah kali pertama, saya kembali ke blog ini. Sebelum ini Cik Nazrielie Liu yang mengemaskini blog ini. Tahun ini beliau telah tamat kontrak, jadi tiada siapa yang dapat meneruskan kerja-kerja beliau. Saya bagi pihak sekolah SK Long Tuma mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha beliau selama ini.
Saya pula seperti tahun-tahun yang lalu sentiasa sibuk dengan berbagai tugasan yang diberikan. Sebagai permulaan saya ingin memperkenalkan guru baru di sekolah ini.

Sekolah ini sungguh bertuah kerana telah mendapat seorang Guru Besar yang baru. Nama beliau ialah Cikgu Meripa Geluko. Selain itu ada enam orang guru baru. Mereka adalah Cikgu Dayangku Hadizah Pengiran Abas, Cikgu Nancy Laniam Chan, Cikgu Doris Langub, Cikgu Nurulamali, Cikgu Mohamad Fariz dan Cikgu Rosidah. Guru Besar, Cikgu Meripa, lama berkhidmat di Bintulu. Sekolah terakhir beliau sebelum dipindahkan ke sini ialah di sebuah sekolah rendah Daerah Limbang. Tiga orang guru yang baru pindah adalah guru berpengalaman, manakala tiga orang lagi tu adalah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Cikgu Doris Langub adalah anak tempatan. Beliau tinggal di Kampung Long Tuma. Seorang guru bahasa Inggeris yang berpengalaman. Sebelum ini beliau mengajar di SK Punang. Cikgu Dk. Hadizah dan Cikgu Nancy Laniam berasal dari Sabah. Kedua-duanya guru yang berpengalaman. Sebelum ini, Cikgu Dk. Hadizah mengajar di Papar, Sabah. Manakala Cikgu Nancy Laniam pula mengajar di SJK (C) Soon Hwa, Sundar. Cikgu Nancy berasal dari Kota Belud, Sabah. Beliau adalah guru bimbingan dan kaunseling. Tiga orang guru yang lain itu adalah guru yang baru menerima penempatan pertama. Mereka adalah Cikgu Mohd. Fariz, Cikgu Rosidah, dan Cikgu Nurulamali. Cikgu Mohd. Fariz berasal dari utara semenanjung, Perlis.Beliau adalah opsyen matematik. Cikgu Nurulamali pula berasal dari Pahang. Mengajar Pendidikan Agama Islam. Biasanya orang yang mengajar Agama, dipanggil Ustaz. Jadi, kita boleh juga panggil beliau Ustaz Nurulamali. Manakala Cikgu Rosidah pula adalah anak Sarawak. Opsyen beliau adalah Pendidikan Jasmani. Beliau adalah jurulatih bola jaring sekolah. Dibawah bimbingan beliau, seorang murid sekolah ini terpilih untuk menjadi wakil Dearah Lawas bagi pertandingan bola jaring Peringkat Bahagian Limbang. Beliau juga menjadi pengadil jemputan bagi pertandingan bola jaring MSSM untuk murid sekolah menengah.

Selain menerima guru baru, sekolah juga menerima Pembantu Penyelia Murid yang baru. Beliau bertugas membantu di Pra sekolah. Tahun ini SK Long Tuma ada dua buah Pra Sekolah. Sebuah masih di bawah jagaan Cikgu Suzianna. Sebuah lagi Pra Sekolah yang baru dijaga oleh Cikgu Nancy Ak. Opi.

11 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Sepertimana yang dikatakan oleh Cikgu Jani semalam, hari ini keputusan UPSR akan diumumkan di setiap sekolah dan yang pastinya, bagi warga sekolah SK Long Tuma, khususnya 56 orang calon yang telah menduduki UPSR pada tahun ini begitu berdebar dan tidak sabar untuk melihat keputusan masing-masing.

Bagi tahun 2010, peratus lulus bagi semua matapelajaran adalah menurun daripada tahun lepas di mana SK Long Tuma hanya mampu mencapai 21.43% sahaja berbanding 57% pada tahun sebelumnya. Peratus lulus bagi BM pemahaman adalah yang tertinggi iaitu 87.5%, diikuti BM penulisan 83.9%, Sains 78.6%, Matematik 73.2% dan B.Inggeris 60.7%. 

Walaupun peratus lulus telah menurun, namun bilangan murid yang mendapat keputusan cemerlang telah meningkat iaitu seramai dua orang mendapat 5A dan tujuh orang mendapat 4A, 1B berbanding dengan hanya dua orang mendapat 5A serta 2 orang mendapat 4A, 1B pada tahun lepas. 

Tahniah diucapkan kepada warga sekolah khususnya guru-guru yang telah bertungkus lumus menyumbangkan ilmu, kakitangan sekolah, ibu bapa dan individu-individu yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan rangsangan kepada murid-murid. Kejayaan mereka pastinya tidak hanya bergantung kepada satu pihak dan syabas diucapkan sekali lagi.

Berikut merupakan murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010: 

5A: 
     1. Nick Padan Peter
     2. Stephanie Mutang

4A, 1B:
     1. Annabella Takung Udan
     2. Eunice Samuel
     3. Jasmine Saran Padan
     4. Jennifer Jane Julis
     5. Jullet Buyong Peter
     6. Shelly Ilai Peterus
     7. Steward Daniel

10 November 2010

ESOK - 11 NOVEMBER

Hari ini warga SK Long Tuma berdebar-debar menunggu keputusan UPSR yang akan diumumkan esok. 11 November 2010 akan menjadi hari penentu segala penat lelah Warga Pendidik SK Long Tuma. Pada tahun ini, seramai 9 orang telah dikenalpasti dan menjadi sasaran sekolah untuk mendapat keputusan 5A. Tahun lepas, pihak sekolah membuat sasaran 5 orang untuk dapat 5A tetapi 2 orang murid sahaja yang mendapat 5A.
Sama-samalah kita lihat keputusan UPSR esok, yang boleh diketahui pada pukul 10 pagi di setiap sekolah.

Oleh,
Cikgu Jani

02 July 2010

Ceramah Motivasi bersama Pelajar dan Ibubapa Murid Tahun 6

Pengenalan
Ceramah motivasi bersama pelajar dan ibubapa murid Tahun 6 merupakan satu usaha pihak sekolah bagi menyediakan murid Tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

 
Objektif
  1. Meningkatkan motivasi murid-murid Tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR
  2. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan pendidikan 
  3. Meningkatkan kesedaran ibubapa tentang tanggungjawab mereka terhadap pelajaran anak-anak mereka
  4. Meningkatkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti sekolah
 Sasaran
  1. Semua murid Tahun 6
  2. Semua ibubapa murid Tahun 6

Tarikh dan Tempat






Ahli Jawatankuasa Pengelola









 
Aturcara










 
Jawatankuasa Kerja

31 May 2010

BOLA SEPAK

Bulan ini Bola Sepak Piala Dunia akan berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai. Tentu ramai rakyat Malaysia yang akan menyaksikan melalui kaca tv dan ramai juga rakyat Malaysia yang tertanya-tanya bilakah agaknya Malaysia akan beraksi dalam kejohanan sehebat ini.

Setiap tahun, MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) mengadakan pertandingan Bola Sepak bagi mencungkil bakat-bakat yang akan diketengahkan di peringkat antarabangsa. kejohanan Bola Sepak MSSM 12 TKB (Tahun Ke Bawah) telah di adakan pada awal tahun ini. Tiga orang murid sekolah ini telah terpilih untuk mewakili Daerah Lawas bagi menentang Daerah Limbang. Tiga orang murid yang sama itu telah terpilih untuk mewakili Bahagian Limbang Bagi Kejohanan Bola Sepak 12 TKB peringkat Negeri.

Di bawah ini adalah gambar tiga orang pemain bola sepak. Mereka adalah dari kiri ke kanan, Larry, Alexander dan Calvin. Mereka adalah murid tahun 6 yang juga bakal menduduki ujian UPSR tahun ini. Selamat berjaya diucapkan kepada mereka. Syabas!!

Oleh, 
Cikgu Jani

31 March 2010

Karnival Aktiviti Bahasa Peringkat Daerah Lawas (31 Mac 2010)

Aturcara Majlis


Aturcara Majlis Penutupan

Jawatan Kuasa Induk

Jawatan Kuasa Pengelola

Jawatan Kuasa Kerja

Hakim dan AJK Pertandingan


30 March 2010

Program MaCS

Pengenalan
MaCS adalah program bersepadu yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak bermula tahun 2005. Ia merupakan langkah proaktif jabatan untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian dari segi kuantiti dan kualiti.


Matlamat
Program MaCS bertujuan memantapkan kepimpinan sekolah ke arah meningkatkan prestasi pencapaian akademik sekolah dengan membangunkan potensi diri murid berdasarkan keupayaan mereka masing-masing.


Objektif
  1. Meningkatkan akauntabiliti pentadbir sekolah terhadap pencapaian akademik sekolah
  2. Meningkatkan interaksi dan perkongsian pengalaman di kalangan pengetua, guru besar, penolong kanan, guru cemerlang, guru sumber, guru kanan matapelajaran, ketua panitia dan guru
  3. Meningkatkan tahap kemahiran pengurusan strategik terutamanya dalam pengurusan kurikulum dan sumber
  4. Meningkatkan prestasi UPSR, PMR dan SPM dari segi kuantiti dan kualiti

Analisis UPSR 2006 - 2009
Bilangan Guru

Enrolmen Murid 2010


Markah Base-line Data Sekolah 2010

Program-program
  • Kelas Tambahan
  • Program Anak Angkat
  • Program Motivasi
  • Program Khas Panitia

15 March 2010

Program Anak Angkat


Pengenalan
Program anak angkat adalah satu program di mana seorang guru dipertanggungjawabkan untuk menjaga beberapa orang murid dalam aspek:

  1. Bimbingan akademik  
  2. Motivasi  
  3. Disiplin



    Matlamat 
    1. Memberi fokus bimbingan yang lebih kepada pelajar 
    2. Meningkatkan motivasi dan disiplin pelajar 
    3. Menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri 
    4. Membantu pelajar menghadapi UPSR



      Sasaran
      - Semua pelajar Tahun 6



        Perlaksanaan Program Anak Angkat








        Majlis Pelancaran Program Anak Angkat










        Tugas dan Tanggungjawab Ibubapa Angkat
        1. Merancang tarikh perjumpaan dengan Angkat
        2. Memantau perkembangan akademik Anak Angkat
        3. Memberi khidmat nasihat/ kaunseling/ motivasi
        4. Menghubungi ibubapa Anak Angkat sekiranya perlu
        5. Merujukkan Anak Angkat kepada Guru Besar atau guru-guru yang berkepakaran berkaitan

        Ahli Jawatan Kuasa Program Anak Angkat










        Pembahagian Anak-anak Angkat



        PENGENALAN

        Pancaragam Buluh (Bamboo Band) mula diperkenalkan ke Sarawak oleh Pastor Taie Legku dalam Tahun 1947.Pancaragam ini ditubuhkan di SK Long Tuma oleh seorang guru sekolah ini yang bernama George Yudan Daring dalam Tahun 1957.Usaha beliau diteruskan oleh William Giso Agong dalam Tahun 1958. Dalam Tahun 1960 Bonel Pantulusang telah mempergiatkan lagi pasukan ini hingga ke persaraan beliau dalam Tahun 70-an. Mula daripada tahun 2004, pancaragam buluh telah dijadikan sebagai salah satu persatuan unit beruniform wajib di sekolah ini.


        OBJEKTIF
        • Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam permainan muzik tradisional kaum Lun Bawang
        • Memastikan musik tradisional terus kekal dan dikuasai oleh generasi muda. 
        • Memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan toleransi dalam diri murid. 

        AHLI JAWATANKUASA

        Penasihat:       En. Laurentius Thomas (GB)
        Pengerusi:       Pn. Damaris Padan (PK KK)
        Setiausaha I:   Pn. Rosta Piree 
        Setiausaha II: Pn. Esther John
        Ahli-ahli:          Semua staff (Lun Bawang)
                                  Semua Pelajar (Lun Bawang)
         

        AHLI-AHLI PANCARAGAM
        • Pelajar Tahap II yang berminat

        AKTIVITI-AKTIVITI
        • Belajar not dan penjarian
        • Membuat persembahan dalam perayaan yang dianjurkan oleh sekolah, pejabat pelajaran dan jabatan luar
        • Mengikuti pertandingan-pertandingan
        • Belajar meniup pelbagai melodi dan lagu


        PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN


        2004
        • Tempat pertama pertandingan Bamboo Band (Pesta Lun Bawang)
        • Persembahan (Hari Kebangsaan Peringkat Bahagian)
        • Persembahan (Hari Q Pendidikan Peringkat Negeri di Hotel Hilton, Kuching)
        2005
        • Tempat pertama pertandingan Bamboo Band (Pest Lun Bawang)
        •  Persembahan ( Pesta Lumba Kerbau Lawas)
        • Persembahan (Menyambut ketibaan Ketua Menteri Sarawak ke Lawas



          sempena Majlis Pecah Tanah Tapak Seri Malaysia)


        2006
        • Tempat pertama pertandingan Bamboo Band (Pest Lun Bawang)
        • Persembahan ( “Berdudun Bersama RTM")
        •  Persembahan (Karnival Kebudayaan Peringkat Negeri Sarawak)

        2007
        •  Tempat pertama pertandingan Bamboo Band (Pesta Lun Bawang)
        • Persembahan (Pesta Lumba Kerbau Lawas)
        • Persembahan (Kem RIMUP peringkat Bahagian)
        • Persembahan (Konvokesyen Pelajar Tahun 6)  

        2008
        • Persembahan (Penghayatan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri di Limbang)
        • Persembahan (Konvokesyen Pelajar Tahun 6 Peringkat Daerah Lawas)


        2009
        • Persembahan (Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian)
        • Tempat pertama pertandingan Bamboo Band (Pesta Lun Bawang)

         

        Guru-guru SK Long Tuma

        PENERAJU UTAMA SK LONG TUMA




        GURU-GURU SK LONG TUMA

        Warden Asrama
         
        Esther John                   Rosta Piree      


        Guru Data 
         
         Christina Paulus


        Guru Pemulihan
         
         Nor Ismanee Bte Ismail


        Guru Prasekolah
         
        Suziana Anthony Paru


         
        Asni Bt Bakar     


          
        Harudin B Dullah



         Jani B Yussof


        Mahmud B Matusin


        Mohamad Amran B Latip


        Mohd. Nasrowie B Jusoh


         
        Nancy ak Opi


         
        Nor Lizawati Bt Mohammad


        Nor Lyzza Bt Abdullah


        Rona Emelda ak Peter Legi


         
        Syazwan Moslie B Mudin


        Valentine Metius


        Zarina Bt Zainal Abidin


         
        Zubaidah Bt Che Sulaiman



        MOTTO

        "Ilmu Pelita Hidup"
        ____________________________________________________________________________________________________

        VISI

        Sekolah Kebangsaan Long Tuma menjadi sekolah cemerlang akademik dan kokurikulum di Lawas menjelang tahun 2010
        ____________________________________________________________________________________________________

        MISI

        Memantapkan kepakaran guru
        Memantapkan program-program akademik

        Memperkasakan program-program 3K
        Memperkasakan kebajikan warga sekolah
        Mengoperasikan hubungan berkesan dengan masyarakat luar

        ____________________________________________________________________________________________________


        LAGU SEKOLAH

        "SK Long Tuma Inspirasiku"

        Budaya murni amalan kami
        Rajin berusaha tingkatkan ilmu
        Bersaing untuk kemajuan diri
        Aman dan makmur, contoh sekolahku

        "Ilmu pelita hidup" jadi pegangan
        "Sekolahku harapanku" adalah slogan
        SK Long Tuma sekolah kebanggaanku
        Sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang

        Guru dedikasi murid terpuji
        Pesan ibu bapa sentiasa di hati
        Budi pekerti paling mulia
        Hidup makmur aman sentosa

        Tersergam indah sekolahku
        Tetap bersemadi di sanubari
        SK Long Tuma nama diberi
        Selamat maju dan terus maju

        ____________________________________________________________________________________________________


        LOGO SEKOLAH

        LOGO SEKOLAH

        Tafsiran Logo Sekolah


        1. Bentuk Logo

        Melambangkan perjuangan bersama untuk kecemerlangan dalam semua aspek

        2. Buku
        Melambangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan

        3. Gelung-gelung
        Melambangkan perpaduan rakyat yang erat

        4. Pelita
        Melambangkan semangat yang sentiasa menyemarak

        5. Warna Biru
        Melambangkan perpaduan dan muhibah

        6. Warna Merah
        Melambangkan keberanian dan kesungguhan

        7. Warna Kuning
        Kesetiaan dan kedaulatan

        8. Warna Putih
        Kebersihan, kesucian, ikhlas dan amanah

        ___________________________________________________________________________________________________


        BENDERA SEKOLAH

        BENDERA SEKOLAH

        PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


        Kami warga Sekolah Kebangsaan Long Tuma, Lawas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


        1. Mempastikan semua kanak-kanak yang sudah berdaftar mengikut umur, mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula

        2. Mempastikan semua murid akan mula mendapat pelajaran pada hari pertama persekolahan

        3. Mempastikan semua murid mendapat kemudahan belajar secukupnya di sekolah disamping kebajikan dan keselamatan mereka terjamin

        4. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

        5. Mempastikan semua murid menguasai 3M

        6. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

        7. Memberikan peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latarbelakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik

        8. Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid, masyarakat, jabatan dan negara

        9. Mempastikan semua kakitangan sentiasa bergaul dengan harmoni, penuh semangat kekitaan dan menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan dedikasi disamping itu tidak mengabaikan kebajikan mereka agar terus terpelihara

        10. Kami sentiasa menurut perintah dan bersedia melaksanakan arahan-arahan daripada Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta mempastikan setiap 'return' bulanan dikembalikan sebelum tarikh akhir penerimaan di jabatan

        11. Menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat serta agensi lain


        Kami warga SK Long Tuma, bersedia dan akan menimbangkan apa juga yang dikemukakan kepada sekolah berkaitan dengan perlaksanaan piagam pelanggan ini.

        ____________________________________________________________________________________________________