Sepertimana yang dikatakan oleh Cikgu Jani semalam, hari ini keputusan UPSR akan diumumkan di setiap sekolah dan yang pastinya, bagi warga sekolah SK Long Tuma, khususnya 56 orang calon yang telah menduduki UPSR pada tahun ini begitu berdebar dan tidak sabar untuk melihat keputusan masing-masing.
Bagi tahun 2010, peratus lulus bagi semua matapelajaran adalah menurun daripada tahun lepas di mana SK Long Tuma hanya mampu mencapai 21.43% sahaja berbanding 57% pada tahun sebelumnya. Peratus lulus bagi BM pemahaman adalah yang tertinggi iaitu 87.5%, diikuti BM penulisan 83.9%, Sains 78.6%, Matematik 73.2% dan B.Inggeris 60.7%.
Walaupun peratus lulus telah menurun, namun bilangan murid yang mendapat keputusan cemerlang telah meningkat iaitu seramai dua orang mendapat 5A dan tujuh orang mendapat 4A, 1B berbanding dengan hanya dua orang mendapat 5A serta 2 orang mendapat 4A, 1B pada tahun lepas.
Tahniah diucapkan kepada warga sekolah khususnya guru-guru yang telah bertungkus lumus menyumbangkan ilmu, kakitangan sekolah, ibu bapa dan individu-individu yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan rangsangan kepada murid-murid. Kejayaan mereka pastinya tidak hanya bergantung kepada satu pihak dan syabas diucapkan sekali lagi.
Berikut merupakan murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010:
5A:
1. Nick Padan Peter
2. Stephanie Mutang
4A, 1B:
1. Annabella Takung Udan
2. Eunice Samuel
3. Jasmine Saran Padan
4. Jennifer Jane Julis
5. Jullet Buyong Peter
6. Shelly Ilai Peterus
7. Steward Daniel
No comments:
Post a Comment