Pengenalan
MaCS adalah program bersepadu yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak bermula tahun 2005. Ia merupakan langkah proaktif jabatan untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian dari segi kuantiti dan kualiti.
Matlamat
Program MaCS bertujuan memantapkan kepimpinan sekolah ke arah meningkatkan prestasi pencapaian akademik sekolah dengan membangunkan potensi diri murid berdasarkan keupayaan mereka masing-masing.
Objektif
- Meningkatkan akauntabiliti pentadbir sekolah terhadap pencapaian akademik sekolah
- Meningkatkan interaksi dan perkongsian pengalaman di kalangan pengetua, guru besar, penolong kanan, guru cemerlang, guru sumber, guru kanan matapelajaran, ketua panitia dan guru
- Meningkatkan tahap kemahiran pengurusan strategik terutamanya dalam pengurusan kurikulum dan sumber
- Meningkatkan prestasi UPSR, PMR dan SPM dari segi kuantiti dan kualiti
| Analisis UPSR 2006 - 2009 |
| Bilangan Guru |
| Markah Base-line Data Sekolah 2010 |
Program-program
- Kelas Tambahan
- Program Anak Angkat
- Program Motivasi
- Program Khas Panitia
