05 August 2013

Salam Aidilfitri warga SK Long Tuma

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada warga SK Long Tuma khasnya yang beragama Islam dan juga selmat bercuti kepada semua. Kepada murid-murid tahun, ingatlah bahawa masa cuti anda belum tiba memandangkan hanya beberapa minggu sahaja lagi anda akan menghadapi ujian yang besar yang menentukan halatuju anda. Jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Semua guru mendoakan kejayaan anda.

28 August 2012

UPSR 2012

Kepada semua pelajar Tahun 6, saya mewakili semua guru SK Long Tuma mengucapkan Selamat Menduduki peperiksaan UPSR 2012. Beberapa aktiviti telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk pelajar Tahun 6. Antaranya ialah Projek Anak Angkat, Perjumpaan ibu-bapa dengan guru-guru UPSR, Kelas Tambahan, dan Kelas Intensif.
                Anak Angkat ialah suatu usaha untuk membantu pelajar dengan lebih berkesan dalam kumpulan kecil. Setiap guru di sekolah ini menjadi bapa angkat dan ibu angkat. Seorang guru diberi 2 atau tiga orang murid sebagai anak angkat. Guru-guru ini akan membimbing murid yang menjadi anak angkatnya tentang teknik-teknik belajar dan cara menjawab soalan.
             Perjumpaan ibu-bapa dengan guru yang mengajar mata pelajaran UPSR pula bertujuan memaklum pencapaian anak-anak didik ini kepada orang tua mereka. Dalam perjumpaan ini juga diharap ibu-bapa juga dapat bertanya kepada guru-guru berkenaan tentang cara belajar di rumah dengan lebih berkesan. Perjumpaan ini juga diharap dapat memupuk kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu-bapa pelajar berkenaan.
          Kelas Tambahan telah dijalankan dari awal tahun. Kelas Tambahan ini melibatkan semua guru. Guru-guru akan mengajar pada sebelah petang selama empat hari iaitu dari hari Isnin hingga Khamis. Sehari satu mata pelajaran akan diajar oleh guru yang berlainan.
        Kelas Intensif pula ialah suatu kelas tambahan dimana guru mengajar pada sebelah petang dan malam. Kelas Intensif juga melibatkan semua guru-guru di sekolah ini.
       Diharap dengan pengorbanan dan jerih payah guru-guru ini, murid-murid Sk Long Tuma akan mendapat keputusan yang memberangsangkan. Pada tahun ini pihak sekolah mensasarkan 7 orang murid mendapat 5A UPSR. Mereka ialah Gwendellyne Benjamin, Stephanie Meru, Chelynie Dari, Michelle Bulan Udan, Irene Rinai Ilias, Adeline Munga, dan Ilarna Caren.

10 December 2011

SELAMAT HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2012

Sekarang dah bulan Disember. Tidak lama lagi murid-murid dan guru-guru di sekolah ini akan menyambut Hari Krismas iaitu pada 25 haribulan. Seminggu selepas itu, tahun baru 2012 akan menjelma.

Untuk pengetahuan semua, di sekolah SK Long Tuma ini, hampir semua murid-murid di sekolah ini adalah dari suku Lun Bawang. Guru-guru di sekolah ini juga ramai dari suku Lun Bawang. Mereka ini menganut agama Kristian. Jadi, Hari Krismas adalah satu perayaan yang sangat dinanti-nantikan ketibaannya. Kepada murid-murid, staf-staf sokongan, guru-guru dan Guru Besar, Encik Meripa Geluko dan keluarga, kami warga SK Long Tuma mengucapakan  selamat Hari Krismas dan tahun baru.

20 August 2011

Ulang kaji pelajaran ye murid-murid...

Eh...minggu depan dah ada gerak gempur 3 untuk semua murid tahun 1 hingga tahun 6.. kepada murid-murid, jangan lupa baca buku tau..Ni ada pesanan daripada cikgu..

Membawa buku ke mana sahaja anda pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. Dalam 10 kali kamu membawa buku, takkan sekali pon kamu tak buka buku tu untuk baca..kan? kan?

selamat maju jaya....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT BERCUTI



Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada warga Sekolah Kebangsaan Long Tuma yang beragama Islam dan juga selamat bercuti kepada semua warga sekolah.
Kepada murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, jangan lupa mengulangkaji pelajaran..cuti anda semua selepas 15 September 2011..baki masa yang ada ini perlu dimanfaatkan..guru-guru sentiasa mengharapkan kejayaan anda semua. Tiada balasan yang diharapkan oleh seorang guru kecuali sebuah kejayaan sebagai seorang insan..

MOTTO

"Ilmu Pelita Hidup"
____________________________________________________________________________________________________

VISI

Sekolah Kebangsaan Long Tuma menjadi sekolah cemerlang akademik dan kokurikulum di Lawas menjelang tahun 2010
____________________________________________________________________________________________________

MISI

Memantapkan kepakaran guru
Memantapkan program-program akademik

Memperkasakan program-program 3K
Memperkasakan kebajikan warga sekolah
Mengoperasikan hubungan berkesan dengan masyarakat luar

____________________________________________________________________________________________________


LAGU SEKOLAH

"SK Long Tuma Inspirasiku"

Budaya murni amalan kami
Rajin berusaha tingkatkan ilmu
Bersaing untuk kemajuan diri
Aman dan makmur, contoh sekolahku

"Ilmu pelita hidup" jadi pegangan
"Sekolahku harapanku" adalah slogan
SK Long Tuma sekolah kebanggaanku
Sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang

Guru dedikasi murid terpuji
Pesan ibu bapa sentiasa di hati
Budi pekerti paling mulia
Hidup makmur aman sentosa

Tersergam indah sekolahku
Tetap bersemadi di sanubari
SK Long Tuma nama diberi
Selamat maju dan terus maju

____________________________________________________________________________________________________


LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

Tafsiran Logo Sekolah


1. Bentuk Logo

Melambangkan perjuangan bersama untuk kecemerlangan dalam semua aspek

2. Buku
Melambangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan

3. Gelung-gelung
Melambangkan perpaduan rakyat yang erat

4. Pelita
Melambangkan semangat yang sentiasa menyemarak

5. Warna Biru
Melambangkan perpaduan dan muhibah

6. Warna Merah
Melambangkan keberanian dan kesungguhan

7. Warna Kuning
Kesetiaan dan kedaulatan

8. Warna Putih
Kebersihan, kesucian, ikhlas dan amanah

___________________________________________________________________________________________________


BENDERA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


Kami warga Sekolah Kebangsaan Long Tuma, Lawas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


1. Mempastikan semua kanak-kanak yang sudah berdaftar mengikut umur, mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula

2. Mempastikan semua murid akan mula mendapat pelajaran pada hari pertama persekolahan

3. Mempastikan semua murid mendapat kemudahan belajar secukupnya di sekolah disamping kebajikan dan keselamatan mereka terjamin

4. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

5. Mempastikan semua murid menguasai 3M

6. Mempertingkatkan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai-nilai murni

7. Memberikan peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latarbelakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik

8. Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid, masyarakat, jabatan dan negara

9. Mempastikan semua kakitangan sentiasa bergaul dengan harmoni, penuh semangat kekitaan dan menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan dedikasi disamping itu tidak mengabaikan kebajikan mereka agar terus terpelihara

10. Kami sentiasa menurut perintah dan bersedia melaksanakan arahan-arahan daripada Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta mempastikan setiap 'return' bulanan dikembalikan sebelum tarikh akhir penerimaan di jabatan

11. Menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat serta agensi lain


Kami warga SK Long Tuma, bersedia dan akan menimbangkan apa juga yang dikemukakan kepada sekolah berkaitan dengan perlaksanaan piagam pelanggan ini.

____________________________________________________________________________________________________